Sabtu, 17 Januari 2009

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

1. PEMERIKSAAN LUARAN
1. Sila periksa pemegang pintu
2. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
3. Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat
4. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
5. Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
6. Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


2. PEMERIKSAAN ENJIN
1. Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
2. Pastikan enjin tidak diubahsuai
3. Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
4. Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
5. Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik


3. PEMERIKSAAN DALAMAN
1. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
2. Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
3. Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
4. Pastikan lantai tidak berkarat
5. Pastikan 'dashboard' tidak retak
6. Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
7. Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
8. Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
9. Pastikan tali pinggang boleh dipakai
10. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
1. Cuba hidupkan 'switch' tetapi jangan hidupkan enjin
a. Pastikan meter suhu bergerak
b. Pastikan lampu minyak enjin menyala
c. Pastikan lampu bateri menyala

2. Cuba hidupkan enjin
a. Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
b. Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
c. Cuba matikan enjin dan hidupkan semula

3. Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
4. Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
5. Tiada masalah semasa penukaran gear
6. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
7. Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
8. Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil


5. PEMERIKSAAN TERAKHIR
Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

1 ulasan:

  1. assalamualaikum wr,wb
    MBAH… saya YONO
    mengucapkan banyak2 terima
    kasih kepada MBAH KARSO
    atas nomor togelnya yang
    kemarin MBAH berikan yaitu
    "5261" alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    MBAH dan berkat bantuan
    MBAH KARSO saya bisa
    melunasi semua hutan2
    orang tua saya yang ada di
    BANK BRI dan bukan hanya
    itu MBAH alhamdulillah
    sekarang saya sudah bisa
    bermodal sedikit untuk
    mencukupi kebutuhan
    keluarga saya sehari2. itu
    semua berkat bantuan MBAH
    KARSO sekali lagi
    makasih banyak yah MBAH…
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya hubungi MBAH
    KARSO di nomor
    0852-1065-5194 dijamin
    100% tembus atau silahkan
    buktikan sendiri

    BalasPadam