banyak sudah yang berkereta sekarang tetapi bukan semua menjaga keretanya sendiri.percayakah anda,kereta yang dimiliki lelaki lebih bersih daripada kereta yang dimiliki oleh perempuan?hahahaha....itu adalah fakta
memiliki sebuah kereta adalah satu tanggungjawap,bukan sekadar membayar harga ansuran tetapi tanggungjawap untuk menjaganya untuk 9 tahun,itupun kalau tidak terlimpas niat untuk menjual semula.
mari kita lihat tips untuk penjagaan kenderaan anda.
1. sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan atau pegi kerja,periksa keadaan kereta anda terutamanya enjin.periksa minyak motor,mana tau ada kebocoran.lihat level minyak motor,samada level enjin hidup dan enjin mati.periksa juga air radiator,kalau enjin terlalu cepat panas padahal tiada kebocoran,cuba-cubalah mencampurkan air radiator anda dengan cecair penyejuk radiator(biasanya berwarna hijau).hidupkan enjin kereta anda sebelum memulakan perjalanan selama lebihkurang 3 minit dan juga semua lampu berfungsi sebelum anda menekan trotle ke tempat kerja.
2. jikalau ada masa,periska juga minyak brek anda kadang-kadang,mana tau kering sudah.tengo-tengokan tayar sekali,jangan dibiarkan terlalu botak.
3. jika anda mau kereta anda kelihatan sentiasa bersih,rajin-rajinlah cuci kereta,kalau malas,hantar saja pegi car wash.cuci kereta bukan susah.kalau badan kereta anda terpalit oleh tar(kerana anda baru melalui jalan berturap),anda perlu mencuci kerta anda terlebih dahulu sebelum menyembur cecair penaggal tar(tar remover) ke bahagian yang dikotori tar.jangan sesekali guna thiner!kalau mau cuci enjin,pastikan lubang-lubang yang terdedah itu disumbat dahulu dengan kain atau plastik seperti lubang penapi udara(air filter).bagi kereta yang bertransmisi outomatik,anda harus diingatkan supaya membalut dengan plastik kotak tansmisi auto di diri dan kanan(ada sesetengahnya begitu).sembur enjin anda dengan penanggal gris(degreaser) sebelum anda menyabunnya.pastikan cecair penanggal gris tidak terkena bahagian luar badan kereta anda.kalau terkena,cepat bersihkan bahagian yang terkena itu.
4. jangan lupa untuk menyerbis kereta anda bila maximum perjalanan kereta telah sampai untuk diserbis.
5. jangan biarkan kereta anda melepak tanpa bunyi melebihi 2 hari,nanti piston kereta anda bertagar..haha..
6. jangan kedekut untuk dihampagas kereta anda,banyak tu habuk sana dalam,kerusi pun kalau kamu tepuk,laaagi banyak habuk.
7. yang pakai jentera berat seperti traktor,eskavator dan kopiting...hehhe..periksa,level gris,level minyak hidraulik(minyak 10 atau minyak 68 bagi escavator hitachi).periksa minyak klutch dan minyak stereng(minyak 40).periksa juga level minyak sproket(minyak 90) bagi traktor.dan...pastikan jentera anda dihidupkan selama 5 minit atau lebih sebelum memulakan kerja berat anda.
Sabtu, 14 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan